1.0
PERKEMBANGAN KOTA
KINABALU
Kota
Kinabalu berada pada latitud 5.983’ dan longitud 116.067’ dan terletak di
pantai barat sabah. Bandar ini terletak di dataran yang sempit antara banjaran
crocker di sebelah timur dan laut china selatan di sebelah barat.[1] Kota Kinabalu merupakan
ibu negeri Sabah pada masa kini dan mendapat pengiktirafan sebagai sebuah
bandaraya.
Jika dilihat dari
perpesktif sejarah Kota Kinabalu mempunyai sejarahnya sendiri yang bermula 100
tahun dahulu. Kota Kinabalu dikatakan bermula daripada perkampungan yang kecil
yang dikenali sebagai Deasoka, kemudian bertukar kepada Singgah Mata dan
diikuti dengan Api-api.[2]
Bagaimanapun sejarah pemodenan Kota Kinabalu bermula abad
ke 19 apabila kerajaan british melalui Syarikat Borneo Utara British (SBUB)
membuka pusat pentadbiran baru untuk menggantikan pusat pentadbiran lama di
pulau Gaya. Nama Jesselton kemudian digunakan mengikut nama naib pengerusi SBUB
pada ketika itu iaitu Sir Charles Jessel. Jesselton kemudian muncul sebagai
pusat perdagangan utama di borneo.
Selepas tahun 1899
Bandar Jesselton berkembang sebagai bandar Kolonial sebelum dimusnahkan
menjelang akhir perang dunia kedua.[3] selepas berakhir perang dunia
kedua Bandar Jesselton telah dibangunkan semula berdasarkan pelan pembangunan
asal oleh kolonial. Perang berakhir di Borneo utara pada tahun 1945 apabila
british berjaya menawan borneo melalui bantuan tentera bersekutu di bawah
pimpinan General Mac Arthur. Semasa usaha penawanan semula dijalankan serangan
telah dibuat daripada laut. Hal ini menyebabkan petempatan di pinggir pantai
terutama yang berada di sekitar pelabuhan telah musnah.[4] Hal ini menunjukkan bahawa
peperangan telah menghalang perkembangan Kota Kinabalu untuk menjadi bandar.
Jika dilihat aspek
perkembangan Kota Kinabalu dapat dilihat kronologi pentadbiran daripada bandar
sehinggalah perkembangan kepada dewan bandaraya. Perkembangan ini bermula
daripada perwujudan lembaga kesihatan umum jesselton yang ditubuhkan dan
merupakan salah satu bahagian pejabat daerah. Lembaga kesihatan umum Jeselton
kemudiannya telah dipisahkan dengan pejabat daerah dan ditubuhkan sebuah
lembaga bandaran jeselton dibawah ordinan perbandaran dan penguasa-penguasa
bandar pada 1 julai 1954. Tanggungjawab utama Lembaga Bandaran Pada ketika itu
adalah berkaitan dengan kebersihan bandar, perlesenan dan kutipan cukai tanah.
Pada September 1967 nama jesselton telah ditukar kepada Kota
Kinabalu. Berikutan daripada itu lembaga bandaran Jesselton telah menjadi
lembaga bandaran Kota Kinabalu pada 22 disember 1967. Pada tahun 1979 Kota
Kinabalu telah dinaikkan taraf daripada lembaga bandaran kepada Majlis
perbandaran Kota Kinabalu di bawah Enakmen Kerajaan Tempatan 1978. Perubahan
taraf Kota Kinabalu ini menyebabkan perkembangan pesat dalam kawasan Kota
Kinabalu. Pada tahun 1984 Majlis Perbandaran Kota Kinabalu telah menyerap tugas
dan tanggungjawab pejabat daerah Kota Kinabalu berikutan pembubaran pejabat
daerah Kota Kinabalu pada 1 januari 1984.[5]
Pada 2 februari 2000 bandar Kota Kinabalu dinaiktaraf sekali
lagi sebagai bandaraya Kota Kinabalu.[6] Pengiktirafan ini
menjadikan Kota Kinabalu bandaraya keenam di Malaysia. Pengiktirafan ini adalah
selaras dengan ciri Kota Kinabalu yang telah beekembang ke arah bandaraya yang
lebih maju. Sehingga kini Dewan bandaraya Kota Kinabalu mempunyai kawasan
pentadbiran tempatan seluas Kira-kira 349.65 Kilometer (KM) persegi (135 batu
persegi) yang merangkumi kawasan Utara Telipok, Selatan Petagas dan Timur
Penampang.
Walau
bagaimanapun, keluasan Kota Kinabalu secara jelas tidak dapat dipastikan kerana
Dewan bandaraya berpendapat Kota Kinabalu berkeluasan 350. 70 kilometer
persegi.
Kronologi
pertumbuhan penduduk bagi bandaraya kota kinabalu juga sangat jelas dilihat.
Pada tahun 1960 jimlah penduduk di kota kinabalu adalah 21 719 orang. Jumlah
ini meningkat kepada 40939 pada tahun 1980. Jumlah ini terus meningkat pada
1980 kepada 83800 orang.[7] Data terbaru pula adalah
pada tahun adalah 452 058 orang.[8]
1.0
KONSEP BANDAR
DAN PEMBANDARAN
Bandar boleh
ditakrifkan dengan pelbagai cara. Sesetengah
pengkaji merujuk Bandar kepada perkembangan aspek fizikal sahaja.
Terdapat juga yang mentakrifkan berasaskan kepada sifat masyarakat yang
mendiami sesuatu kawasan. Menurut Katiman Rostam (1998/18) lazimnya bandar
adalah ditakrifkan berdasarkan kepada saiz penduduk. Walau bagaimanapun,
takrifan bandar berasaskan kepada jumlah penduduk ini menghadapi masalah kerana
setiap negara mempunyai takrifan yang berbeza tentang jumlah penduduk minimum
di bandar. Misalnya, di Denmark, petempatan penduduk yang melebihi daripada 250
orang penduduk sudah dianggap bandar. Amerika syarikat pula mensyaratkan
kawasan yang mempunyai penduduk 2500 orang sebagai bandar. Jepun pula
mensyaratkan jumlah penduduk yang lebih ramai iaitu sebanyak 30 000 orang.
Namun, dalam kajian ini ia akan menggunakan takrifan yang digunakan oleh negara
Malaysia iaitu sebanyak 10 000 orang.
Selain
daripada jumlah penduduk minimum terdapat juga faktor lain yang boleh
menunjukkan sesebuah kawasan adalah bandar. Antaranya, aspek guna tanah bandar
bukan lagi berkonsepkan pertanian iaitu 75 % penduduk bukan bekerja dalam aspek
pertanian. Dari aspek infrastruktur pula bandar dianggap mempunyai kemudahan
bandar yang lengkap termasuklah kemudahan awam. Bandar juga dianggap mempunyai
sempadan pentadbiran yang sah dari segi undang-undang dan mempunyai pentadbir
sendiri.
Perbandaran boleh ditakrifkan sebagai peningkatan jumlah
penduduk yang membentuk organisasi sosial yang baru akibat wujudnya kawalan
atas persekitaran Bandar dengan penggunaan dan pembaikan teknologi tertentu.[9] Peningkatan jumlah
penduduk ini meliputi pertumbuhan penduduk melalui faktor semula jadi dan juga
penghijrahan penduduk ke Bandar. Dari aspek pembentukan perwujudan institusi
sosial, ekonomi dan politik bandar adalah perlu dalam konteks peningkatan
bilangan penduduk.[10] Perbandaran atau urbanisasi juga ditakrifkan
sebagai proses perubahan sama ada penduduk, petempatan, cara hidup, pekerjaan
dan kegiatan ekonomi, pemikiran manusia ke arah bandar.[11] Oleh itu dapatlah
dikatakan bahawa pembandaran adalah suatu proses penumpuan kependudukan
penduduk di sesuatu kawasan yang boleh dianggap bandar. Ia boleh diukur dengan
membandingkan peratus penduduk yang mendiami kawasan bandar dan luar bandar.
3.0 TEORI ASAS
MODEL PELBAGAI PUSAT
Rajah 1 : model pelbagai pusat
Sumber: Diubahsuai daripada Harris dan Ullman 1945 (Dalam Wan Rozali
Wan Hussin, 2011)
|
Dalam
teori ini, proses perbandaran bermula daripada pusat bandar dan seterusnya
berkembang di setiap sudut pinggir bandar dari masa ke semasa dan bersifat
dinamik. Perkara ini sememangnya berlaku pada bandaraya Kota Kinabalu.
Sekiranya mengimbau semula sejarah bandaraya ini, pada mulanya dikenali sebagai
Jesselton dan satu-satunya bandar induk dan proses perebakan bandar telah mewujudkan
bandar atau pekan yang berada di sekelilingnya. Perkembangan bandaraya induk
Kota Kinabalu bergerak seiring dengan bandar-bandar disekelilingnya. Proses
tersebut yang berterusan menyebabkan kawasan bandaraya semakin membesar dan
bercantum dengan sub bandar yang lain. Contohnya, pada masa kini keluasan
kawasan bandaraya Kota Kinabalu semakin membesar sehingga menjadikan kawasan
Sepanggar di bawah lingkungannya. Sehubungan itu, tidak mustahil sub-sub bandar
yang berada di pinggir bandar pada masa akan datang akan dicantumkan dengan
bandaraya Kota Kinabalu sebagai satu bandaraya yang lebih besar dan maju.
Selain itu, model ini turut menunjukkan gabungan pelbagai aktiviti masyarakat
dengan lebih terperinci dan hubungannya terhadap penggunaan jenis-jenis tanah.
4.0
PERANAN BANDAR
DALAM PEMBANDARAN.
4.1
PEMASARAN
4.1.1 Kota Kinabalu berfungsi sebagai pusat pemasaran.
Kegiatan pemasaran di kawasan bandar sememangnya
mempunyai peranan penting dalam mengembangkan lagi kawasan bandar. Hal ini
turut dapat dilihat dari aspek perkembangan bandaraya Kota Kinabalu. Fungsi
pemasaran Kota Kinabalu dapat dilihat daripada beberapa aspek iaitu kewujudan
pasar raya yang maju, pasar pertanian yang luas dan pusat membeli belah yang
besar lagi lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Perkembangan kemudahan pemasaran di Kota Kinabalu dapat
dilihat dari aspek perkembangan pemasaran yang sentiasa berkembang mengikut
peredaran masa. Contoh yang paling jelas dilihat adalah perkembangan
infrastruktur untuk aktiviti pemasaran yang sentiasa berkembang bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan.
Pada tahun 1930 pekan-pelabuhan jesselton dianggarkan
dihuni lebih daripada 1000 orang. Di kawasan pekan ini terdapat perniagaan,
pentadbiran, kewangan dan perdagangan yang ditadbir oleh syarikat berpiagam
borneo utara british. Oleh itu dapat dilihat bahawa sebelum kemerdekaan lagi
telah wujud aktiviti pemasaran di kawasan kota kinabalu.[13] Pada masa tersebut juga
kawasan kota Kinabalu menghadapi masalah untuk berkembang kerana tapak asal
pekan kota kinabalu adalah satu dataran pantai yang sempit dan berhadapan
dengan daratan yang berbukit bukau. Walaupun kawasan yang sempit namun kota
kinabalu tetap dipetakkan kepada lot-lot kecil untuk dijual dan kebanyakan yang
mendapat lot tanah di kawasan ini adalah daripada kaum cina.[14]
Gambar 1 : suria sabah
Sumber :Diambil pada
07.11.2013
|
Dari aspek perdagangan antarabangsa pula ia turut
terdapat dalam fungsi kota kinabalu yang dilaksanakan oleh pelabuhan kota
kinabalu dan pelabuhan sepanggar yang merupakan pelabuhan yang bertaraf dunia.[19]
4.1.2 faktor mendorong perkembangan pemasaran di Kota
Kinabalu
i.
Jumlah penduduk
yang ramai.
Jumlah penduduk
yang ramai di Kota Kinabalu menyebabkan Kota Kinabalu menjadi tumpuan pemasaran
bagi banyak produk sama ada dari kawasan luar bandar atau dari luar negeri Sabah.
Hal ini dibuktikan dengan laporan banci Penduduk Malaysia pada tahun 2010 yang
menunjukkan bahawa Kota Kinabalu mempunyai penduduk seramai 436 100. Penduduk
bandar ini adalah terdiri daripada pelbagai kaum etnik termasuklah penduduk
dari Filipina yang agak besar jumlahnya di bandaraya Kota Kinabalu.[20] Jumlah penduduk yang
banyak ini membuka peluang pasaran untuk banyak bidang perniagaan kerana
pasaran yang luas.
ii.
Tumpuan
penduduk.
Selain bergantung
kepada pasaran daripada penduduk yang tinggal di Kota Kinabalu peluang pasaran
juga dipengaruhi oleh kedatangan penduduk dari luar ke Kota Kinabalu. Sememangnya
fungsi Kota Kinabalu adalah meluas dan merangkumi fungsi sebagai pusat
pentadbiran, pelancongan, perdagangan, perindustrian dan pendidikan bertaraf
dunia.[21] Fungsi yang pelbagai
inilah yang akan menarik kedatangan penduduk ke Kota Kinabalu. Selain menyumbang
kepada kedatangan penduduk dari luar Kota Kinabalu ia seterusnya menggalakkan lagi perkembangan pemasaran di
kawasan Kota Kinabalu. Contohnya, kedudukan Institusi pengajian tinggi yang
banyak di Kota Kinabalu seperti Universiti Malaysia Sabah yang ditubuhkan pada
tahun 1991 menarik ramai penduduk ke Kota Kinabalu.
iii.
Terdapatnya
banyak kemudahan.
Kota Kinabalu juga lebih membangun dari aspek kemudahan
awam menyebabkan pusat perniagaan banyak dibina di kawasan ini. Pusat
perniagaan ini banyak bergantung kepada kemudahan awam seperti jaringan
pengangkutan, pelabuhan, pejabat pos dan banyak lagi. Dengan adanya kemudahan
awam seperti ini maka barulah proses dalam pemasaran barangan dapat dilakukan.
Sebagai contoh pembukaan pelabuhan Kota Kinabalu yang merupakan badan berkanun
kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1968 oleh enakmen Lembaga Pelabuhan Sabah
(SPA) di bawah enakmen SPA 1967.[22] Dengan tertubuhnya
pelabuhan antarabangsa di kawasan Kota Kinabalu ia menggiatkan lagi pemasaraan
di kawasan Kota Kinabalu. Peranan pelabuhan ini termasuklah proses pemasaran
antarabangsa termasuk eksport dan import. Dengan kewujudan pelabuhan di sini
sudah tentu kawasan sekitar Kota Kinabalu mempunyai harga barangan lebih murah
kerana aspek kos peniaga mendapatkan barangan import lebih murah.
iv.
Kewujudan kilang
pemprosesan di kawasan persekitaran.
Kawasan Kota
Kinabalu merupakan kawasan bandar yang berkembang. Seperti kebiasannya kawasan
bandar akan tertumpu kepada industri moden seperti perkilangan. Bagi kawasan Kota
Kinabalu kebanyakannya kawasan kilang dipusatkan di kawasan kolombong iaitu di
luar kawasan dewan bandaraya Kota Kinabalu namun ianya masih lagi tergolong
dalam kawasan Kota Kinabalu. Walau bagaimanapun, produk yang dihasilkan turut
dipasarkan di kawasan bandar Kota Kinabalu. Contohnya Bismaraya Sdn Bhd yang
merupakan kilang produk makanan berasaskan ikan di kelombong.
4.1.3 BAGAIMANA AKTIVITI
PEMASARAN MENGEMBANGKAN LAGI BANDAR.
I.
Guna tanah
Bidang pemasaran mengembangkan lagi peranan bandar raya
kota kinabalu dalam aspek pembandaran melalui guna tanah di kawasan bandar.
Dengan wujudnya rantaian pemasaran bandar yang berkembang maka guna tanah untuk
pemasaran telah banyak dibuat. Hal ini terbukti dengan pembukaan kawasan tanah
kosong untuk pembinaan infrastruktur untuk kegunaan pemasaran di kawasan
bandar.
Sebagai contohnya, kawasan kota kinabalu yang dahulunya
sempit dan terdiri daripada dataran pantai berhadapan dengan daratan yang
berbukit bukau.[23]
Namun kini kawasan kota kinabalu membangun dengan bangunan-bangunan kongkrit
yang moden seperti kompleks beli belah centre point, suria sabah, wisma merdeka
dan banyak lagi.
Hal ini membuktikan dengan adanya perkembangaan pemasaran
maka ia telah menyebabkan bandaraya Kota Kinabalu dapat berkembang dengan lebih
pesat.
II.
PERTAMBAHAN
JUMLAH PENDUDUK BANDAR.
Perkembangan bidang pemasaran di bandar menyebabkan
peluang pekerjaan di bandar juga lebih luas. Hal ini menarik lebih ramai
golongan muda untuk bekerja di kawasan bandar dalam bidang ekonomi moden ini.
Sebagai contoh, kedatangan penduduk untuk bekerja di pusat membeli belah centre
point. Kedatangan penduduk ini akan menjadi satu aspek yang menambahkan lagi
jumlah penduduk di bandar dan mengembangkan rantaian ekonomi bandar. Oleh itu,
perkara ini akan menjamin bandar Kota Kinabalu akan terus berkembang. Contohnya,
di pusat beli belah 1borneo misalnya yang terdiri daripada 241 jumlah permis
perniagaan memerlukan banyak pekerja untuk melaksanakan aktiviti pemasaran.[24]
4.2
PEKERJAAN
Gambar 2 : mini
putrajaya
Sumber : diambil pada 20.11.2013
|
4.2.1 Kota Kinabalu Pusat Pekerjaan
Kota
Kinabalu berfungsi sebagai pusat pekerjaan bagi penduduk warganegara Malaysia
dan bukan warganegara Malaysia. Warganegara merujuk rakyat yang sah sama ada
berasal daripada Kota Kinabalu, luar Kota Kinabalu ataupun berasal dari luar
negeri sabah. Bagi bukan warganegaara pula sama ada pekerja yaang sah atau
pekerja asing yang tidak sah.
Pada awal kemerdekaan fungsi pentadbiran kota kinabalu
adalah kurang jelas dilihat kerana pusat pentadbiran tidaklah dipusatkan di
sesuatu kawasan yang khusus tetapi menyebar ke banyak kawasan. Sebagai contoh
jabatan yang berada di bawah pentadbiran kerajaan persekutuan seperti jabatan
imigresen, jabatan alam sekitar, jabatan perangkaan dan lain-lain banyak diletakkan
di pusat bandar dan ditumpangkan di bangunan-bangunan pentadbiran dan tidak
tersusun. Pada tahun 2007 senario ini mulai berubah dimana kompleks pentadbiran
kerajaan persekutuan sabah telah siap dibina dan mulai diduduki oleh 24 jabatan
yang berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan.[25] Pemusatan pentadbiran
seperti ini memperlihatkan keseragaman dan membuktikan lagi fungsi bandaraya
kota kinabalu sebagai pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di negeri sabah.
Peranan Kota Kinabalu sebagai pusat
pentadbiran kerajaan negeri pula dapat dilihat daripada aspek seperti kewujudan
jabatan kerajaan negeri yang berpusat di kawasan kota kinabalu. Sememangnya
fungsi kota kinabalu dari aspek ini sangat jelas dilihat melalui kewujudan
bangunan-bangunan pentadbiran kerajaan yang dibina lebih awal berbanding
bangunan untuk pentadbiran kerajaan persekutuan. Sebagai contoh, kewujudan kompleks
yayasan sabah setinggi 30 tingkat yang dibina di tepi teluk likas hasil ilham
yayasan sabah bekas ketua menteri sabah pada tahun 1965 iaitu Tun Mustapha. Walau
bagaimanapun wisma yayasan sabah hanya siap dibina pada tahun 1977. Pada tahun
2001 dianggarkan jumlah kakitangan yang bekerja di yayasan Sabah adalah 7000
kakitangan.[26]
Selain itu, peranan ini juga dapat diperluaskan melalui kewujudan pusat
pentadbiran untuk jabatan-jabatan kerajaan negeri yang dipusatkan di kawasan
kota kinabalu. Antaranya, wisma pertanian di yang terletak di luyang kota
kinabalu yang menempatkan jabatan yang berkaitan dengan kegiatan pertanian,
penternakan dan perikanan.
Daripada pemusatan jabatan yang dapat dilihat ini dapat juga dibuat
jangkaan bahawa pemusatan pekerjaan di kawasan kota kinabalu ini akan
berterusan. Hal ini dapat dilihat dalam rancangan kerajaan sepertimana yang
diperkatakan oleh ketua setiausaha negara
Tan Sri Dr. Ali Hamsa bahawa kerajaan akan membina satu lagi mini
putrajaya yang mampu menampung 90 jabatan.[27]
Kota kinabalu juga menjadi pilihan pusat pentadbiran
untuk organisasi bukan kerajaan dan swasta. Hal ini mungkin disebabkan oleh
kewujudan kemudahan yang baik di kawasan kota kinabalu. Contoh agensi swasta
berpusat di kota kinabalu adalah badan bahasa sabah yang berpejabat di likas
dengan kakitangan berjumlah 300 orang, persatuan seni budaya bajau sabah
seramai 3000 keahlian di kota kinabalu, ikatan penulis sabah seramai 143 orang
kakitangan dan banyak lagi.[28]
Oleh itu, fungsi pusat pekerjaan bandaraya kota kinabalu
dapat dilihat dengan jelas. Hal ini dikukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan
baru dari masa ke masa untuk pembaharuan di kawasan kota kinabalu. Sebagai
contoh dari aspek jabatan perkhidmatan awam negeri sabah terdapat perubahan
jika dilihat kepada kronologi masa iaitu pada tahun 1965 dikenali sebagai
pejabat perjawatan (49 orang kakitangan) dan berubah pada tahun1974 kepada
bahagian perjawatan negeri (85 orang kakitangan).[29]
4.2.2 FAKTOR MENDORONG PERKEMBANGAN SEKTOR PEKERJAAN DI KOTA
KINABALU.
i.
Penumpuan pusat
pentadbiran.
Sepertimana yang telah dinyatakan sebelumnya dapat
dilihat bahawa Kota Kinabalu berfungsi sebagai pusat pentadbiran. Sebagai
sebuah pusat pentadbiran sudah tentu terdapat banyak jawatan yang perlu diisi
supaya sesuatu organisasi itu dapat berfungsi dengan cekap. Selain itu, peluang
pekerjaan yang dahulunya menjadi peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan
luar bandar menjadi peluang pekerjaan di kawasan bandar apabila pejabat jabatan
tersebut dipindahkan di kawasan bandar. Jawatan ini adalah terdiri daripada pelbagai
taraf atau pangkat iaitu daripada jawatan bertaraf pengarah, menteri kepada jawatan seperti tukang kebun. dengan Sebagai contoh jumlah kakitangan kerajaan yang
berkhidmat di wisma yayasan sabah adalah 7000 orang kakitangan.[30]
ii.
Perkembangan
sektor swasta.
Penjawatan dalam
sektor swasta pula merujuk kepada perniagaan, pertubuhan dan perkhidmatan bukan
milik kerajaan. Sektor swasta ini banyak
terdapat di kawasan bandaraya Kota Kinabalu seperti pusat membeli belah, pusat
pelancongan, hotel dan sebagainya. Kewujudan sektor swasta yang banyak di
kawasan bandar ini telah menarik minat ramai orang untuk bekerja dalam sektor
ekonomi moden ini. Hal ini seterusnya menyumbang kepada migrasi masuk ke
kawasan bandar. Sebagai contoh kewujudan institusi perbankan seperti bank
bumiputera commerece (CIMB), bank Heong Leong dan badan bahasa sabah.
pertubuhan badan bahasa sabah misalnya membuka peluang pekerjaan sebanyak 300
kakitangan yang diisi oleh masyarakat daripada pelbagai latar belakang
pendidikan.[31]
4.2.3 Bagaimana perkembangan sektor pekerjaan mengembangkan
bandar.
i.
pertambahan
jumlah penduduk.
Dengan tarikan
sektor pekerjaan yang banyak di kawasan bandar maka ia menyumbang kepada
peningkatan jumlah migrasi masuk ke kawasan bandar. Hal ini disokong dengan
pertumbuhan penduduk di bandar kawasan negeri Sabah yang tumbuh sebanyak 6.4%
setiap tahun dan dianggarkan 50% daripada pertumbuhan ini adalah disumbangkan
oleh migrasi daripada kawasan luar bandar.[32] Migrasi ini semestinya
disebabkan kekesongon peluang pekerjaan yang banyak di bandar tidak mampu diisi
oleh penduduk di kawasan bandar. Selain itu, ianya juga disebabkan perkembangan
sektor ekonomi moden yang dilihat oleh generasi muda sebagai sumber ekonomi
yang lebih menjamin berbanding sektor ekonomi di luar bandar. Dengan
peningkatan penduduk di kawasan bandar maka ia akan menaikkan lagi taraf bandar
kepada bandar yang lebih besar. Hal ini kerana indikator untuk menilai status
bandar juga mengambil kira aspek jumlah penduduk.
ii.
Perkembangan
infrastruktur bandar.
Perkembangan infrastruktur di bandar bertambah
baik apabila kemasukan banyak pihak yang berpendapatan tetap dan lumayan di
kawasan bandar. Hal ini kerana, permintaan kepada rumah di kawasan bandar yang
berhampiran kawasan bandar akan meningkat. Dengan peningkatan permintaan maka
kawasan tanah lapang akan dibangunkan sebagai kawasan perumahan seperti kawasan
perumahan kingfisher untuk menampung jumlah permintaan penduduk. Selain itu,
dengan pertambahan penduduk maka permintaan untuk kemudahan awam yang lain juga
akan meningkat seperti sekolah yang lebih luas dan hospital yang besar untuk
menampung jumlah penduduk yang bertambah. Bagi pekerja yang bekerja dengan
sektor kerajaan pula kebanyakan daripada mereka dijaga kebajikan oleh pihak
kerajaan terutamanya yang berkhidmat dalam jabatan yang bersangkut-paut dengan
aspek keselamatan seperti tentera, bomba, polis dan sebagainya. Pekerja dalam
sektor kerajaan ini disediakan dengan kemudahan perumahan yang lengkap. Hal ini
dapat dilihat dengan kewujudan perumahan bagi kakitangan jabatan bomba di
kawasan sulaman, perumahan polis bersebelahan kompleks karamunsing dan banyak
lagi.
iii.
Perkembangan
kuasa beli
Sememangnya pekerjaan
yang ditawarkan di Kota Kinabalu adalah pelbagai. Salah satu aspek yang menarik
minat masyarakat untuk bekerja di Kota Kinabalu adalah kerana kadar upah yang
lebih tinggi berbanding di kawasan luar bandar di samping kerjanya yang lebih
mudah berbanding bekerja dalam sektor ekonomi luar bandar yang memerlukan
bekerja di bawah sinaran matahari. Dengan adanya pekerjaan penduduk di bandar
maka mereka akan mempunyai pendapatan untuk berbelanja atau untuk membeli
barangan keperluan mereka. Oleh itu, ini telah mengembangkan lagi kuasa beli
penduduk di kawasan bandar dan seterusnya mengembangkan rantaian ekonomi di
bandar. Sebagai buktinya kewujudan banyak pusat membeli belah di sekitar Kota
Kinabalu yang membuka banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda khususnya.
Selain bekerja mereka ini sebenarnya menjadi pengguna dan penggerak kegiatan
ekonomi di kawasan bandar.
Gambar 3 :
K.Kinabalu 1961
Sumber: Google Image
|
4.3 Pemodenan
4.3.1 Susunan Bandar dan Seni Bina
Bandaraya Kota
Kinabalu merupakan pusat bagi pembangunan pembandaran yang berlaku di Sabah.
Sehubungan itu, sebarang pemodenan atau perubahan yang dirancang akan bermula
di bandaraya ini sebelum disebarkan ke bandar-bandar lain yang berada di
sekitarnya. Namun, pada mulanya iaitu semasa di zaman penjajahan Inggeris
kebanyakan petempatan yang wujud adalah bersifat tradisional yang merujuk
kepada kampung, sehinggalah pada satu ketika telah muncul satu kategori
petempatan di Kota Kinabalu termasuklah Teluk Sepanggar yang dikenali sebagai
bandar.[33] Aspek pemodenan bandar
yang meliputi peranan bandar dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis dan
yang paling utama ialah dari segi perubahan corak penyusunan bandar dan
senibina bandar. Di Kota Kinabalu sekiranya menyingkap kembali sejarah
perbandaran pada awalnya adalah bersifat konvensional. Gambaran yang paling
jelas ialah dengan corak susunan bangunan dan deretan kedai di bahagian Kampung
Air. Hal ini kerana sejarah bandar di Kota Kinabalu telah bermula melalui pembentukan
bandar Jesselton pada 9 November 1899.
Gambar 4 : K.Kinabalu moden
Sumber: Google image
|
Seni
bina pembinaannya yang kurang efektif dari segi susunannya dan tahap teknologi
pembinaan yang masih rendah kerana deretan kedai yang di bina bersaiz kecil
serta kurang kemudahan-kemudahan lain yang terdapat dalam bandar. Perbezaan ini
mampu dilihat melalui kaedah perbandaran yang lebih maju dan moden dengan bermulanya pembinaan bangunan-bangunan
yang besar khususnya dari pusat beli belah Centre Point menuju ke kawasan
Wawasan Plaza. Bangunan ini mempunyai kemudahan yang lebih baik kerana
teknologi pembinaan lif dan elevator
telah disediakan bagi memudahkan pengguna. Pemodenan ini telah disebarkan ke
bandar-bandar lain yang berada di sekitar kawasan Bandaraya Kota Kinabalu serta
bandar-bandar yang jauh seperti Keningau. Selain itu, kesan daripada
perbandaran yang rancak di pusat bandaraya ini telah memberi impak yang postif
kepada perubahan besar ke atas ruang fizikal Kota Kinabalu. Contohnya, kawasan
pinggir bandar yang sebelumnya hanya dianggap sebagai luar bandar telah menjadi
sebahagian kawasan bandar Kota Kinabalu.[34]
4.3.2 Landskap dan
Penjagaan Bandar
Pemodenan
bandaraya Kota Kinabalu turut meliputi landskap dan penjagaan bandar. Pada masa
kini, misalnya wujudnya Jabatan Landskap di bawah kendalian Dewan Bandaraya
Kota Kinabalu. Jabatan ini adalah termasuk dalam Jabatan Perancangan Bandaraya
yang turut dikenali sebagai Bahagian Landskap. Penubuhan jabatan ini agak lewat
kerana hanya beropersi pada sekitar tahun 1999. Lantaran itu, proses untuk
mengindahkan bandaraya Kota Kinabalu
agak perlahan. Perkara penting yang perlu diambil perhatian bagi memodenkan
persekitaran bandar ialah melibatkan keceriaan dan kebersihan. Tindakan yang telah diambil oleh Jabatan ini
supaya perancangan mereka lebih efisien ialah dengan membuka Nursery Tapak
semaian di Likas yang berkeluasan 2.5 ekar. Jabatan Landskap juga dibahagikan
kepada 2 bahagian yang utama iaitu bahagian perancangan, rekabentuk dan kawalan
pembangunan, dan bahagian pengurusan operasi dan penyelenggaran landskap.
Antara objektif utama yang menjadi panduan jabatan ini ialah melaksanakan
perancangan dan pembangunan landskap berdasarkan Pelan Induk Landskap Kota
Kinabalu. Seterusnya, merancang dan merekabentuk projek landskap yang
menerapkan unsur-unsur senireka, budaya dan tradisi tempatan yang memenuhi
keperluan pada masa kini.[35] Pemodenan bandaraya
dengan penanaman pokok-pokok, bunga dan replika tertentu mula kelihatan di
sekitar Kota Kinabalu. Masyarakat Setempat dan pelancong asing dapat memberikan
kelas tertentu dengan keceriaan yang telah dilaksanakan berdasarkan persepsi
mereka.
Tahap
kebersihan bandaraya juga telah mengalami perubahan yang boleh dianggap
drastik. Walaupun perubahan yang berlaku adalah tidak menyeluruh tetapi ia
boleh dianggap sebagai satu proses yang baik. Perubahan yang jelas berlaku
ialah tahap kebersihan pasaraya dan lorong pejalan kaki yang mengalami
perubahan baik kerana bebas daripada cebisan-cebisan sampah.[36] Organisasi yang telah
dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan bandaraya akan
memastikan setiap kawasan dibersihkan secara berkala. Langkah susulan yang
mampu mendisiplinkan masyarakat khususnya mereka yang tinggal di kawasan
bandarya ini juga telah dilaksanakan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Pesalah yang didapati tidak prihatin dengan
kebersihan bandar akan kenakan kompaun. Mengikut laporan yang telah dikeluarkan
oleh Pegawai Perhubungan Awam DBKK, Syron A. Tunggolou menyatakan bahawa
operasi peringkat awal yang telah
dilaksanakan di Wawasan Plaza mendapati 22 orang pesalah yang telah dikompaun
dan jumlah keseluruhan denda ialah RM 340 .[37] Sehubungan itu, orang
ramai telah dinasihatkan agar mematuhi peraturan yang telah diluluskan di bawah
Undang-undang kecil Anti Sampah Sarap (pindaan 2005) bagi mengelakkan mereka
didenda. Rasional pelaksanaan peraturan ini ialah untuk menjadikan bandaraya
Kota Kinabalu supaya sifar sampah.
4.3.3 Anjakan
Pradigma masyarakat
Perubahan cara
berfikir dan perlakuan yang lebih baik juga dapat diterapkan dengan lebih cepat
dalam kehidupan di bandaraya Kota Kinabalu. Walaupun, kesedaran terhadap
sesuatu perkara turut disebarkan ke kawasan-kawasan lain tetapi ianya mengambil
tempoh masa yang panjang dan perlahan. Antara anjakan yang mampu diperolehi dan
akan memberi kesedaran kepada masyarakat bandar ialah berkaitan dengan
penjagaan kesihatan.
Di bandaraya Kota Kinabalu juga kempen
seperti kesedaran untuk mengurangkan penggunaan sumber sering kali diadakan.
Perkara tersebut dapat memberikan banyak input yang berguna kepada orang ramai
supaya lebih menghargai khazanah negara yang semakin pupus. Sehubungan itu,
Kempen kitar semula yang menekankan 3R “Reduce,Reuse dan Recyle” membolehkan
mereka supaya mengamalkan saranan tersebut. Antara lokasi yang menekankan
objektif kempen ini ialah pasaraya, sekolah, stesen minyak dan banyak lagi
terutamanya kawasan yang termasuk dalam bandar Kota Kinabalu.[38] Lazimnya contoh yang
paling jelas dapat diperhatikan ialah berkaitan dengan penggunaan plastik. Hal
ini kerana pada hari tertentu dalam setiap minggu penggunaan plastik dikenakan
caj sebanyak rm 0.20 sen oleh penjual. Semantara itu, para pengguna pula akan
mengumpul bahan-bahan terpakai yang masih boleh dikitar semula. Sekiranya gaya
pemikiran penduduk pada masa kini dibandingkan dengan masyarakat bandaraya ini
pada tahun 1980 sememangnya amat berbeza sekali.
4.3.4 Jaringan Perhubungan dan Pengangkutan
Jaringan perhubungan turut mengalami pemodenan
mengikut arus peredaran zaman. Kerja-kerja menaik taraf jalan raya di bandaraya
Kota Kinabalu dan seluruh daerah di Sabah diselenggara sepenuhnya oleh Jabatan
Kerja Raya Malaysia. Pemodenan maksudnya di sini ialah dengan melihat corak
perubahan jalan raya dari awal pembukaan bandar Jesselton sehingga pada masa
kini. Jika dahulu, jaringan jalan raya yang dibina oleh British di bandar
Jesselton sangat terhad dan tidak menghubungkan semua kawasan atau tempat di
bandaraya ini. Tetapi, kini, banyak perubahan yang berlaku dan kemajuan
teknologi juga telah mempengaruhinya. Sebagai contohnya, pembinaan jalan
bertingkat di pusat bandaraya
menerapkan corak pembinaan jalan
raya yang moden khususnya daripada negara-negara yang telah maju. Alternatif
tersebut diambil kerana untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di samping
menjamin kelancaran trafik. Jalan
bertingkat juga dibina kerana penjimatan kawasan kawasan di
bandaraya yang semakin tepu dalam
pembinaan.
Gambar 5 : KKIA 1
Sumber: Google
Image
|
Sistem
kereta api yang telah dibina oleh Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1896
yang menghubungkan bandar Kota Kinabalu dengan daerah-daerah lain. Pusat
perhentian utama terletak di Tanjung Aru. Pada tahun 2003 penggantian landasan
dan penambahbaikan kecil lokomotif dan garabak telah disiapkan. Manakala,
kerja-kerja menaik taraf landasan, jambatan dan stesen serta semboyan dan
komunikasi telah dimulakan pada tahun 2005.[40]
4.4 Kemudahan Perkhidmatan
4.4.1 Pusat Pentadbiran
Gambar 6 : Pusat Pentadbiran kerajaan persekutuan Negeri
Sabah
Sumber: Google Image
|
Penggubalan dasar dan undang-undang
negeri turut dilaksanakan di bandaraya Kota Kinabalu. Dasar yang akan
diperkenalkan mesti dibentangkan terlebih dahulu di Dewan Undangan Negeri (DUN)
sebelum diluluskan. Sehubungan itu, kelebihan bandaraya ini lebih besar di
negeri Sabah. Malahan, segala perancangan yang berkaitan dengan pembangunan
akan dikaji terlebih dahulu sebelum diagihkan di kawasan-kawasan yang layak
menerima peruntukan projek. Projek-projek pembangunan bagi negeri Sabah
terletak di bawah terletak di bawah Sabah Economic Development Corporation (SEDCO)
atau pun Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sabah. Projek-projek baru yang berkaitan
dengan Sabah Corridor Development juga dapat dikeluarkan oleh agensi ini.
Misalnya projek yang terkini ialah melibatkan pembangunan pelancongan di
Semporna, Bandar Baru Titingan, Kinarut south satelite township, Sandakan
integrated exchange terminal (SITExt), Kudat deep oil and gas support services,
Lahad Datu hotel, dan Apas industrial estate.[42] Lantaran itu, peranan
bandaraya Kota Kinanbalu dalam proses pembandaran dan perbandaran melibatkan
skop yang luas.
Gambar 7:Universiti
Malaysia Sabah
Sumber: Google Image
|
Pendidikan
adalah satu indektor pembangunan yang biasanya digunakan untuk mengukur tahap
kemajuan sesebuah kawasan atau bandar. Di Bandaraya Kota Kinabalu terdapat
beberapa institusi pengajian tinggi telah dibuka dan memberi manfaat kepada
penduduk Sabah dan juga pelajar dari luar. Institusi Pengajian Tinggi Awam yang
paling terkenal ialah Universiti Malaysia Sabah yang telah dibuka sejak pada tahun
1994. Universiti awam yang seterusnya yang telah dibuka iaitu sejak 1973 ialah
Universiti Teknologi Mara (UITM) yang terletak di Sembulan ketika itu.[43] Kedua-dua institusi
pengajian awam tersebut terletak di kawasan Sepanggar dan UITM mula berpindah
ke kawasan ini pada tahun 1991. Selain itu, Institusi Latihan Perindustrian
(ILP) yang mengkhusus kepada kemahiran belia turut dibuka. Pembukaan latihan kemahiran
ini ialah bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus yang mereka minati dalam bidang
tersebut.
Gambar 8 :Universiti
Teknologi Mara
Sumber: Google
Image
|
4.4.3 Kemudahan Kesihatan
Modenisasi
bandar memberi impak yang positif terhadap pendidikan kesihatan yang berlaku
secara tidak langsung dalam persekitaran mereka. Hal ini kerana dari sudut
kemajuan teknologi kesihatan, semuanya berpusat di Kota Kinabalu. Lebih-lebih
lagi pada masa kini banyak pakar-pakar kesihatan yang membuka klinik swasta
yang memberi banyak kelebihan kepada tahap pengetahuan semasa. Misalnya,
pembukaan Pusat Perubatan Sabah di Luyang yang merupakan hospital swasta
terbesar. Tambahan lagi, bandaraya ini turut mempunyai dua lagi pusat pakar
perubatan swasta iaitu Pusat Pakar Damai dan Pusat Kesihatan Rafflesia. Keadaan
ini sangat berbeza pada era sebelumnya kerana kebanyakan pusat rawatan yang
dibuka adalah sangat terhad dan bergantung sepenuhnya kepada Hospital Queen
Elizabeth.
Di samping itu, program
pelaksanaan penjagaan kesihatan juga kerap dilakukan di Bandaraya ini. Sebagai
contohnya ialah dengan pelaksanaan kempen secara besar-besaran kawalan wabak
kencing tikus atau leptospirosis yang berlangsung di Kota Kinabalu pada 24 Ogos
yang lalu.[44]
Keadaan ini memberi gambaran bahawa tahap pemikiran masyarakat juga mampu dimodenkan
kesan daripada pemodenan bandar.
4.4.5 Pusat Perindustrian dan Perdagangan
Bandaraya Kota
Kinabalu sekiranya dikaji secara teliti dari peringkat awal terutamanya dalam
bidang perdagangan telah bermula dengan pesat sejak sebelum tahun 1898 lagi.
Hal ini kerana pada ketika itu pihak Syarikat Borneo Utara British telah
menubuhkan sebuah pusat perdagangan di Pulau Gaya. Malahan, di bandar
Jesselton, ramai pedagang dari luar telah dibawa masuk untuk membangunkan
ekonomi perniagaan di bandar ini.[45] Perkembangan yang pesat
dalam bidang ekonomi kesan daripada kekayaan sumber bahan mentah telah
menjadikan bandaraya ini maju mengikut arus perubahan masa. Misalnya pada akhir tahun 1963 merupakan
tahun yang menandakan berakhirnya kekuasaan penjajah dan isu yang paling
menarik ialah berkaitan dengan pembentukan bandar Kota Kinabalu yang telah
meningkatkan lagi kadar pembangunan ekonomi wilayah pantai barat Sabah menerusi
proses pembandaran.[46]
Gambar 10: Kawasan KKIP Sepanggar
Sumber: Google Image
|
Gambar11: lukisan Sabah International Convention Centre
Sumber: Google Image
|
4.5 Pembauran Inovasi
Pembauran
inovasi dalam istilah yang lebih jelas ialah berkaitan dengan penyebaran
pengetahuan daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Tetapi inovasi yang
ditekankan di sini lebih memfokuskan kepada teknologi. Kerjasama serantau yang
melibatkan seminar dan perkongsian kepakaran dalam pelbagai bidang-bidang
tertentu semestinya bermula di bandaraya Kota Kinabalu. Menyedari kepentingan
perkara ini, pembinaan bangunan Convention Centre di Sabah memudahkan lagi
kelancaran persidangan daripada pelbagai negara. Tapaknya terletak secara
strategik di penghujung Jesselton Waterfront Development seperti yang telah
dicadangkan.
Kawasan
ini dikelilingi oleh laut pada dua sisi dan jalan utama ialah Jalan Tun Fuad
Stephen. Kawasan pembangunan lokas ini adalah melibatkan kawasan seluas 15 ekar
(6.07 hektar). Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah akan menjadi pusat utama
bagi aktiviti konvensyen dan pembangunan industri MICE di negeri Sabah.
Mengikut Ketua Menteri Sabah iaitu Yang Amat Berhormat Datuk Seri Musa Haji Aman
telah menyatakan bahawa penglibatan Kumpulan Yayasan Sabah dalam aktiviti MICE
telah membuka ruang ke arah perkongsian minda intelek. Ini juga secara tidak
langsung telah menyumbangkan kepada pembangunan modal insane di negeri Sabah.
Kenyataan ini dipetik daripada brosur “Sabah
International Convention Centre-Paving the way for a new MICE destination”.
Pembangunan tersebut membuka ruang untuk destinasi baru bagi penganjuran
mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran. Antara manfaat utama ialah mampu
melonjakan Sabah sebagai penggerak utama dalam mengembangkan produk premium
pelancongan di rantau ini. Seterusnya, membuka lembaran baru kepada negeri
Sabah dengan mentransformasikan ekonomi negeri daripada berasaskan sumber asli
kepada sektor perkhidmatan.
Rajah 2 : Anggaran pendapatan di bawah
SICC
Sumber: International Congress &
Convention Centre
|
5.0
KESIMPULAN.
Kesimpulannya
bandaraya kota kinabalu mempunyai peranan yang besar dalam membawa arus
pembandaran ke kawasan Kota Kinabalu. Walaupun, pembandaran di Kota Kinabalu
tidaklah sepesat kawasan ibu negeri bagi sesetengah kawasan di Malaysia namun
perubahan dan pembangunan di Kota Kinabalu ini yang sentiasa berkembang dari
semasa ke semasa akan memberi impak yang besar pada masa akan datang.
Perkembangan pembandaran di kota kinabalu ini dapat dibuktikan daripada
beberapa aspek iaitu daripada jumlah penduduknya yang semakin bertambah,
kemudahan awam yang semakin berkembang, pembinaan semakin banyak bangunan baru
dan beberapa lagi aspek lain. Sememangnya peranan pembandaran kota kinabalu
dapat dilihat jika dibuat perbandingan keadaan pada suatu masa lampau dan kini
dimana perubahan banyak dapat dilihat.
Perkembangan Kota Kinabalu ini
sebenarnya turut dipengaruhi oleh jumlah peruntukan dan sistem kewangan
kerajaan semasa sama ada kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan. Hal ini
kerana walaupun Kota Kinabalu mempunyai peranan yang besar tetapi tanpa
kewangan yang cukup kemajuan sukar dibuat terutamanya dari aspek infrastruktur.
Dasar
kerajaan turut mempengaruhi perkembangan Kota Kinabalu. Dasar kerajaan seperti
menyerakkan pembangunan keluar seperti meletekkan pusat beli belah di pinggir
bandar misalnya adalah bertujuan mengembangkan lagi proses pembandaran di
kawasan itu. Misalnya penempatan pusat beli belah di kawasan pinggir bandar
adalah 1borneo yang menjadi aset pembangunan di kawasan sekitar.
Sememangnya
terdapat beberapa lagi aspek lain yang mempengaruhi peranan kota kinabalu
sebagai pusat pembandaran. Peranan Kota Kinabalu sebagai agen pembandaran di
kawasan ini dilihat akan terus berkembang pada masa hadapan. Hal ini dapat
dilihat melalui pembangunan masa kini dan kerangka pembangunan masa hadapan
yang dirancang Kerajaan Negeri Sabah.
[1] Laman Web Rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. (2013).Geografi dan Cuaca.
Retrived form http://www.dbkk.sabah.gov.my/bm/content/static/view/342
[2] Junaidi Ladjana. 2010. Dari Jesselton ke Kota Kinabalu. Utusan Online.
Retrived from http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm
[3] Hanafi Hussin & Mohammad Raduan Mohd Ariff . (2007) . Ke Arah Menyemarakkan Penyelidikan
dan Wacana Borneo. Borneo Research
Journal. 1. Hlm 2
[4] Amaluddin Bakeri & Mohammad Raduan Mohd Ariff. (2004) Pembongkaran
Petempatan ampung Air di Pulau Borneo : Kajian Kes Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal
Jati. 9. Hlm 3
[5] Harifah Mohd Noor & Jurry Foo @Jurry Michael. (2009). Satu Tinjauan Terhadap Isu-isu dalam Proses
Kebenaran Merancang Kawalan Pembangunan: Kajian Kes pada Dewan Bandaraya Kota
Kinabalu, Sabah. Sosiohumanika. 2 (2). Hlm 285
[6] Op. Cit. Hanafi Hussin & Mohammad Raduan Mohd Ariff . (2007) .
[7] Abdul Samad Hadi.(1990). Kota Kinabalu: Daripada satu pangkalan kepada
pusat pembangunan wilayah. Kajian Etnografi Sabah : Pembandaran dan
Transformasi Bandar negeri sabah. Yayasan Sabah bangi .Hlm 35. (25-48)
[8] Jabatan Perangkaan.(2011). Banci penduduk dan perumahan 2010. Kuala
Lumpur. Jabatan perangkaan Malaysia. Hlm 142
Retrived from http://www.statistics.gov.my
[9] Mohd. Razali Agus.(1992). pembangunan
perumahan, isu dan prospek. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm
xvii(pengenalan)
[10] Ibid.
[11] Katiman Rostam (1998). Penghantar Geografi bandar.Hulu kelang. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm 20
[12] Wan Razali Hj Wan
Hussin.2011 .Kualiti Hidup Sosial dan Proses Pembandaran di Malaysia. Malaysian Journal of Tropical Geography.
Vol 15. hlm 12.
[13] Op Cit. Abdul Samad Hadi.(1990)
.Hlm 31.
[14] Ibid.
[17] Portal Centre Point Sabah.(2013).Latar Belakang Centre Point Sabah.
Retrived from http://www.centrepointsabah.com
[18] Sabah World Heritage.
[20] Laman Web Rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. (2013). Etnik Bangsa dan
Agama. Retrived form http://www.dbkk.sabah.gov.my
[21] Laman Web Rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. (2013).Pengenalan Dewan
Bandaraya Kota Kinabalu. Retrived form http://www.dbkk.sabah.gov.my
[22] Sabah Ports Authority. (2013). Introduction. Retrived from http://www.lpps.sabah.gov.my/?q=content/introduction
[24] 1Borneo. 2013. Mall directory. Retrived from http://www.1borneo.net/public/1borneohypermall/front_page.htm.
[25] ____.(14.07.2009). Sultan Kedah Rasmi Kompleks pentadbiran baru kerajaan
persekutuan. Kuala Lumpur. Utusan Online. Retrieve from http://www.utusan.com.my
[26] Chong Kah Kiat. (2001). Ucapan di majlis penamaan bangunan yayasan sabah
sebagai “Menara Tun Mustapha”. Auditorium yayasan sabah. Retrieve from http://www.sabah.gov.my/press/docs/2001001681.html.
[27] ______, 12/06/2013. Mini Putrajaya akan dibina di sabah. Utusan online.
Retrieve 20/11/2013 from http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130612/dn_15/Mini-Putrajaya-akan-dibina-di-Sabah.
[28] Jabatan Kebudayan dan Kesenian negara.(2009) Senarai maklumat BBK Seni
Budaya Sabah. Retrived from http://www.jkkn.gov.my/sites/default/files/docs/BBK%20SABAH(baru).pdf
[29] _____.Nd. Sejarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Retrived from http://www.sabah.gov.my/jpan/files/Sejarah.pdf
[30]Op Cit. Chong Kah Kiat. (2001).
[31] Jabatan Kebudayan dan Kesenian negara.(2009) Senarai maklumat BBK Seni
Budaya Sabah. Retrived from http://www.jkkn.gov.my/sites/default/files/docs/BBK%20SABAH(baru).pdf
[32] Op Cit.Abdul Samad Hadi . (1990) .
[33] Lee Yong Leong. 1982. Sabah: Satu
Kajian Geografi Petmpatan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
[34] Gusni Saat. 2004. Peribumi
Teluk Sepanggar. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. hlm 34.
[35] DBKK. 2011. Pelan Strategik Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
2011-2015. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. hlm 8.
[36] Joe Leong. 2005. Kota
Kinabalu: Laying the Foundation for a Great City of the Future. Kota
Kinabalu City Hall. Hlm 23.
[37] Utusan Online.2011. DBKK
denda “kutu sampah”. 7 February 2011.
[38] Op Cit, Joe Leong. 2005. Hlm 62.
[39] The Star Online. KKIA Become to Air Hub. 15 February 2007.
[40] Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. Unit Perancang Ekonomi.
[41] Op Cit, Gusni Saat. hlm 49.
[42] Portal Rasmi SEDCO.
[43] Portal Rasmi UiTM Sabah.
[44] Utusan Online.2013.Kencing Tikus: Kempen Besar-besaran 24 Ogos ini.
12 Ogos 2013.
[45] Cecilia Leong. 1982. Sabah
the First Year 100 years. Kuala Lumpur: Percetakan Nan Yang Muda Sdn Bhd.
hlm 22.
[46] Op Cit. Gusni Saat. hlm 34.
[47] Institut Kajian Pembangunan (Sabah). 1998. Pencapaian
Pembangunan Sabah Menjelang Abad Ke 21. Swan Printers Kuala Lumpur. hlm 22.
[48] Daily Express. Sepanggar Container Port Terminal Ready. 8 August
2006.
[49] Op Cit. Gusni Saat. hlm 51.
WinStar World Casino And Resort Launches First Ever VR
BalasPadamWith the launch of 보령 출장샵 the Oculus 경산 출장샵 Quest 시흥 출장안마 VR 문경 출장마사지 virtual reality headset, the excitement has spread across the globe and 의정부 출장샵 is now being enjoyed with